aku kau dan Dia...

Tuesday, April 15, 2008

aku tak taksub.. aku tak bermaksud menyuruh orang mengamalkan tapi sekadar pengetahuan..

Tip-tip dari pengamal terapi kuasa minda yang merupakan penulis Rahsia Minda Jutawan. Saya petik daripada ceramah yang saya hadiri. Dikongsi oleh penulis dan pengamal terapi minda, Amar Mahmood.

60-70 peratus orang ramai banyak memasukkan program negatif dalam minda mereka.
Bagi mengubah hidup, ubah rangka pemikiran dan sistem kepercayaan diri.

Afirmasi adalah kaedah mudah mengubah cara berfikir, iaitu mengulang-ulang kata positif. Ia bertindak sebagai doa, menarrik tenaga.

Sama halnya seperti orang bertapa, mengulang-ulang ayat yang sama sebagai memprogram minda. Ada yang duduk di dalam gelap, secara saintifik ia membantu mengubah gelombang otak kepada gelombang theta.

Semua orang tanpa sedar adalah pengamal kuasa minda. Dahulu teknik ini diberi nama yang lain sehingga kelihatan seperti mantera misteri.

Teknik memprogram minda secara visual mempunyai dua cara, bayangan dalam fikiran atau menampal gambar apa yang ingin dicapai.

Kekayaan adalah tenaga. Fokus kepada tenaga.Anak-anak kecil membesar dengan kuasa visual yang besar.

Jangan diperkecil, contohnya anak-anak berangan-angan menjadi peniaga kaya raya disahut pula oleh ibunya, “Jangan hendak berangan. Bukan senang nak jadi jutawan.” Tindakan ini mengecilkan kuasa visualnya.

Program televisyen berulang adalah contoh teknik afirmasi yang memprogram minda penonton.
Teknik mengawal minda ketiga dengan menulis. Amalan Feng Shui menyebut jika ingin perubahan positif tulis dengan fokus selama 40 hari.

Jadilah CEO kepada diri. Kawal cara saudara berfikir.

Ramai memperkenalkan subjek minda positif. Tetapi mereka hanya memperkenalkan konsep sahaja. Apa yang diperlukan kini ialah pakar terapi minda. Diri pakar terapi minda bertindak seperti doktor.

--------------------oOo--------------------

Tuesday, April 8, 2008

Sekadar renungan

Marilah kita senantiasa menjaga dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Yaitu dengan mempelajari dan mengamalkan serta berpegang teguh di atas syariat-Nya. Karena di dalamnya ada cahaya dan petunjuk yang demikian mencukupi untuk membimbing dan mengatur seluruh sisi kehidupan kita.

Mulai dari urusan rumah tangga hingga ketatanegaraan. Sehingga selama seseorang itu mengikuti petunjuk dan aturan-Nya pasti dia akan selamat di dunia dan akhirat. Karena Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berjanji bagi orang yang mengikuti petunjuk-Nya di dalam firman-Nya:
فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى
“Barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya ia tidak akan tersesat dan tidak akan celaka.” (Thaha: 123)

Maka barangsiapa yang tidak merasa cukup dengan petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga menyelisihinya, pasti dia akan rugi dan celaka. Meskipun orang melihatnya hidup dengan penuh kemewahan dan serba ada. Namun sesungguhnya dia tidak merasakan kelapangan dan ketenangan di dalam jiwanya. Karena Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengancam bagi orang-orang yang menyelisihi petunjuk-Nya di dalam firman-Nya:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Thaha: 124)

--------------------oOo--------------------

Monday, April 7, 2008

Papa baca kuat kuat ya

Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.

Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri tepat disampingnya, sambil memegang buku cerita baru. Buku bergambar seorang peri kecil yang kiut, sangat menarikperhatian Rahayu, "Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatianayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kacamatanya, kalimah yang keluar hanyalah kalimah basa-basi"Wah,. buku baru ya Ayu?", ""Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dariayahnya."Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut,"Ayu... .. papa sedang sibuk sekali, jangan sekarang yah" sanggahSalleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius.

Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu "pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu"Salleh mulai agak jengkel, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruhmama baca ya ", " pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya lucu-lucu", " Lain kali Rahayu, ke SANA!!!! papa lagi banyak kerja" Salleh berusaha memusatkan perhatiannya pada lembar-lembar kertas tadi, minit demi minit berlalu, Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh harap, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi. "pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka", "RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! " kata Salleh membentaknya dengan keras, Kali ini Salleh berhasil, semangat kecil Rahayu terkulai, hampirmenangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya " Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya "pa kalau papa ada waktu, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat dengar "

Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi, Buku cerita Peri Kiut, belum pernah dibacakan untuk dirinya.

Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ;"Baammmm!!" Beberapa orang jiran tetangga dengan histeria memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh oleh seorang pemandu yang sedang mabok. Tubuh mungil Rahayu terpelanting beberapa meter, dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju rumah sakit, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama " darah segar terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak tertolong lagi ketika sampainya di rumah sakit terdekat.

Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu tersisa untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana, pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan mungil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali,",... papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar " kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali.

Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanyakeheningan dan kesunyian hati, canda dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita peri kiut yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di sudut ruangan. Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembarhalamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Sallehmenguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air mata."Rahayu dengar papa baca ya" selang beberapa kata,.. hatinyamemohon,.lagi "Rahayu.. papa mohon ampun nak"" papa sayang Rahayu " Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan itu; Salleh bersujud dan menangis,..memohon satu kesempatan lagi untuk mencintai. Sekian... ..

--------------------oOo--------------------

dalam aku dok surf internet ni.. tiba-tiba aku terjumpa gambar sebelah ni. Tahu tak gambar apa tue?

Haa.. tu la gambar Matriks UIA Lembah Pantai. Ni citer zaman-zaman dulu la. Masa aku masuk sini taun 1998. Ingat lagi masa tu. Macam masuk asrama pulak hehe.

Tapi sumer itu cuma tinggal kenangan. Semua kenangan itu menjadi manis. Ingat lagi krisis air dulu. Time tu masa tengah "minggu suaikenal". Punya la susah terpaksa angkat baldi dan macam macam lagi. Tapi semua itu menjadi suatu untuk dikenang.

Disitulah bermula perjalanan aku. Bukan saja aku, tapi semua pelajar-pelajar yang pernah kesitu. Yang pernah makan nasi Makcik 2-2

Memories remain....

--------------------oOo--------------------

Sunday, April 6, 2008

Rahsia latihan kecepatan tumbukan


Artikel dibawah ini diambil dari sebuah laman web. Tujuan dikeluarkan semula bukanlah untuk menciplak tetapi dikhuatiri artikel ini akan hilang disebabkan ianya dipublishkan di sebuah laman percuma. Maklumlah laman percuma nie ikut suka ati dier ajer. Saya nak mintak izin dengan tuanpunya artikel nie pun saya tak tahu sebab tak disertakan email atau hubungannya. Apapun sekiranya tuanpunya artikel ni terbaca disini, saya mengambil kesempatan meminta izin.


Adapun seperti berikut:


Untuk menimbulkan kecepatan tumbukan, latihan dengan menggunakan sehelai kertas amat berguna. Saya pasti semua orang boleh mendapatkan sehelai kertas saiz A4. Kemudian buatkan sebarang tanda di tengah-tengah kertas itu. Untuk lebih kreatif, fotostat muka orang sebesar saiz kertas itu.Selepas itu, buat lubang pada bahagian atas kanan dan kiri serta masukkan tali atau benang.


Gantungkannya paras muka atau bahu anda di mana-mana sahaja tetapi pastikan ada ruang yang cukup di belakangnya. Sudah tentu anda tidak mahu menumbuk dinding bukan?Akhir sekali, dengan kekuda terbaik anda, tumbuk kertas itu 100 kali sehari selama dua minggu. Sasarkan ke hidung muka orang yang anda fotostat itu. Tumbuk biar kertas itu berbunyi seperti disebat dengan cemeti. Anda akan merasakan perbezaan kecepatan tumbukan anda.


Tetapi kenapa perlu tumbuk kertas kalau sudah ada beg tubi? Ada sebabnya. Ini berkaitan dengan minda bawah sedar. Apabila ingin menumbuk beg tubi, minda bawah sedar akan menumpukan pada kekuatan sahaja. Apabila begitu, otot-otot tangan yang bermacam jenis akan saling menolak satu sama lain dan akan mengurangkan kecepatan. Tetapi dengan kertas, minda bawah sedar akan menumpukan kepada kecepatan sahaja. Otot-otot tangan akan amat kurang menolak satu sama lain dan tumbukan menjadi cepat.


Mungkin anda akan berkata bahawa tiada guna cepat tetapi tidak kuat. Kawan! Jangan lupa hukum fizik Newton; berat darab laju bersamaan dengan kuasa. Kalau anda bertubuh kecil tetapi kalau tumbukan laju akan sama kuasanya dengan tumbukan orang bertubuh besar tetapi perlahan. Kalau anda bertubuh besar dan tumbukan laju, maka lagi bertambah kuasa.


Mahukan latihan yang lebih menarik? Dengan kertas yang sama, buat satu lubang di tengah-tengah bahagian atas. Gantungkan seperti tadi. Apa yang ada sekarang adalah kertas yang kadangkala berpusing-pusing.


Apa yang anda perlu buat adalah menumbuk sebaik sahaja nampak hidung muka orang yang anda fotostat itu.


Sekarang anda dapat melatih kecepatan tumbukan dan juga ‘timing’ anda.


Awas! Latihan ini hanya untuk tumbukan sahaja dan bukan untuk tendangan. Kalau guna tendangan untuk latihan ini, lutut anda akan cedera dan anda akan bertongkat lebih awal dari rakan anda.Latihan kecepatan menggunakan sehelai kertas mungkin kedengaran terlalu mudah.


Namun demikian, banyak perkara yang boleh jadi mudah tanpa bersusah payah. Selamat berjaya!

--------------------oOo--------------------