aku kau dan Dia...

Saturday, July 5, 2008

Dikala musuh memukul diwaktu itu dia terpukul (makan gerak)

Menyerang musuh semasa dia kurang bersedia sentiasa menjadi satu idea yang bagus. Sekurang-kurangnya ia adalah satu idea yang bagus bagi sesiapa yang sukakan kemenangan.

Kadangkala, masa terbaik untuk mengambil kesempatan di atas kelekaan musuh adalah semasa dia sedang besedia untuk menyerang anda. Sejarah peperangan penuh dengan contoh serangan pre-emptive atau serangan yang dilancarkan sejurus sebelum serangan musuh.

Dalam seni beladiri, strategi ini sama berkesan. Malahan, pada 1968 Bruce Lee dan Dan Inosanto telah menamakan koleksi prinsip pertarungan Jeet Kune Do sempena konsep ini. Bruce Lee menegaskan bahawa cara paling ekonomi dan berkesan untuk mengakibatkan kecederaan berat kepada seseorang musuh adalah dengan menyerangnya semasa dia sedang bersedia untuk menyerang. Bruce Lee memanggil prinsip ini sebagai "stop-hit". Dengan menggunakannya telah membolehkan Bruce Lee menewaskan lawan-lawan yang lebih besar dan gagah dengan agak mudah. Ia juga boleh dilakukan oleh anda.

Kebolehan untuk memukul musuh semasa dia sedang bersedia untuk menyerang menawarkan banyak faedah. Yang paling jelas adalah apa-apa pukulan yang anda lakukan berkemungkinan mempunyai kesan yang lebih kuat disebabkan momentum musuh anda.

Mungkin faedah lain yang ada adalah kesan psikologi. Bayangkan betapa kecewanya anda rasa kalau setiap kali anda berada di posisi yang bagus untuk menyerang, anda, tiba-tiba pukulan yang kuat mengena anda. Selepas dua tiga kali begitu, anda akan mula berfikir bahawa dia mungkin mempunyai kebolehan telepati.

Walaupun Bruce Lee berjaya menunjukkan keberkesanan menggunakan stop-hit, konsep mendahului serangan secara amnya diabaikan oleh kebanyakan orang, yang suka menganggap fizikal Bruce Lee yang hebat sebagai satu-satunya alasan dia boleh melakukannya dengan jaya. Ini adalah pendapat yang amat cetek. Konsep mendahului serangan sudah lama ada. Sebenarnya, minat utama Bruce Lee kepada stop-hit lahir dari penyelidikannya tentang seni pedang barat, satu seni di mana stop-hit adalah prinsip asas.

Dalam kung fu wing chun, terdapat prinsip fin sil die dar atau tangkis dan serang serentak, yang hanya sedikit berbeza daripada konsep stop-hit. Karate Jepun dan Okinawa mengajar sen no sen, manakala tinju barat mengajar peninju-peninjunya untuk "attack on preparation". Semua itu merujuk kepada prinsip yang sama; mendahului serangan. Jadi abaikan pendapat bahawa Bruce Lee adalah satu-satunya manusia yang boleh menggunakan konsep ini. Dengan ini sahaja anda akan dapat menggabungkan peralatan berguna ini dalam persenjataan anda.

Seperti telah disebut sebelum ini, masa terbaik untuk mendahului serangan musuh adalah semasa dia sedang bersedia untuk menyerang. Beberapa tanda boleh memberitahu anda bila untuk melakukan stop-hit anda. Tetapi sebelum pergi lebih terperinci, anda perlu tahu bagaimana untuk kekal selamat semasa mencari tanda-tanda itu. Perkara yang paling penting anda perlu fikirkan adalah penjagaan jarak yang sesuai. Alasan kenapa konsep mendahului serangan sukar dilakukan oleh kebanyakan pengamal seni beladiri adalah kerana mereka berada terlalu dekat dengan musuh mereka. Sebagai contoh, cuba latihan ini:

Dapatkan seorang pasangan berdiri dalam jarak dua kaki di depan anda dengan penumbuknya dalam keadaan bersedia. Penumbuk anda juga dalam keadaan bersedia. Biarkan pasangan anda menumbuk muka anda tanpa amaran. Tugas anda adalah menangkis tumbukannya.

Selepas anda berdiri semula dan menyapu darah yang keluar dari hidung anda, suruh pasangan anda untuk undur tiga langkah. Dengan begini, kalau dia hendak menumbuk, dia terpaksa mara ke depan terlebih dahulu untuk tumbukannya sampai. Anda akan boleh melihatnya bergerak ke arah anda sebelum dia melancarkan tumbukannya dan anda sepatutnya tiada lagi masalah untuk menangkis atau mengelak hidung anda dari berdarah sekali lagi.

Walaupun latihan ini mudah, hanya segelintir pengamal seni beladiri yang menggunakannya semasa sparring. Hujah terbesar terhadap jarak yang jauh untuk melaksanakan stop-hit adalah bahawa kalau anda berdiri jauh dari musuh anda, anda akan berada terlau jauh untuk melancarkan serangan anda sendiri. Hello! Kita bercakap berkenaan mendahului serangan musuh anda yang sedang menuju ke arah anda. Ini bermakna musuh anda yang menghampiri anda. Kalau dia cuba menumbuk anda, dia perlu maju ke arah anda ke dalam jarak anda. Semasa dia fikirkan bagaimana hendak mendekati anda untuk menumbuk anda, anda pukulnya dengan stop-hit.

Sebaik sahaja anda sudah biasa dengan jarak yang sesuai, anda boleh mula mencari tanda-tanda pada musuh anda. Salah satu tanda termudah adalah gerakan ke depannya. Kalau di cuba menghampiri anda, kemungkinan besar dia melakukan sebegitu supaya dia boleh memukul anda. Kalau begitu kesnya, pukul dia semasa dia melangkah ke arah anda.

Tanda lain yang jelas bahawa dia cuba memukul anda adalah apabila dia membuat serangan palsu. Serangan palsu selalu digunakan pengamal seni beladiri terlatih sebagai satu cara untuk mengumpan anda keluar dan juga untuk menyembunyikan gerakan ke depannya. Ideanya adalah bahawa serangan palsu akan diikuti dengan merapatkan jarak dan selalunya menyerang dari sudut lain semasa anda sibuk membeladiri dari serangan palsu. Kalau anda menyedari taktik ini, jangan bazirkan masa membeladiri dari serangan palsu. Anggap sahaja setiap gerakan menyerang sebagai benar dan layan serangan palsu sama seperti anda melayan serangan betul, dengan mendahului serangan. Ini mungkin mengambil masa untuk mengaturcara semula proses berfikir anda daripada minda diserang/membeladiri kepada minda diserang/menyerang balas.

Untuk mendapat gambaran, bayangkan reaksi haiwan liar terhadap bahaya. Mula-mula, ia cuba menjarakkan diri dari bahaya itu. Kemudian apabila jarak itu dicerobohi, ia menyerang apa yang ia boleh capai. Ia tidak cuba menangkis apa-apa yang mengancamnya. Ia menyerbu dan mempertahankan dirinya dengan serangan yang kuat dan ganas. Ingatlah bahawa apabila nyawa anda terancam, serangan yang bagus adalah pembelaan terbaik anda. Kalau anda yang menyerang, anda yang memukul. Kalau musuh yang menyerangpun, anda juga yang memukul.

Tanda terakhir yang perlu diawasi adalah kewujudan pergerakan ekstra yang mendahului serangan musuh anda. Anda boleh mengesannya semasa bahagian awal pertarungan, yang mana merupakan tahap analisa awal ke atas musuh anda. Itu adalah masa anda memeriksa pembelaannya dan meneliti sebarang tabiat yang ditunjukkannya sebelum dia menyerang. Anda boleh memukulnya sebaik sahaja mana-mana tabiat menjadi jelas.

Sekarang kita perhatikan beberapa latihan asas yang boleh memberi anda rasa bagaimana menggunakan stop-hit terhadap lawan yang bernyawa. Untuk meringkaskan cerita, saya akan bincangkan dua teknik mendahului serangan lawan sahaja. Ingat, anda boleh gunakan apa-apa teknik yang sesuai dengan situasi.

Untuk tujuan latihan ini, anda akan menggunakan dua teknik tendangan. Pertama adalah sepak layang. Anda boleh sepak layang menggunakan kaki depan anda untuk menyerang kemaluan lawan ataupun menggunakan kaki belakang anda seperti tendangan muay thai ke peha lawan. Kedua adalah jeet tek, atau stop-kick. Ia seakan-akan tendangan sisi, tetapi lutut tidak dibengkokkan dan kemudian diluruskan seperti tendangan sisi yang biasa. Untuk stop-kick, kaki diangkat dari lantai tanpa lutut dibengkokkan, kemudian diterjah ke tengah tulang kering atau lutut musuh anda. Kalau lutut anda dibengkokkan sebelum terjahan, kemungkinan besar anda tidak sempat melakukan stop-hit. Walaupun tidak sekuat sepak layang, jeet tek amat senang digunakan dan ia adalah cara yang bagus untuk memusnahkan keseimbangan musuh anda.

Untuk latihan pertama, anda perlukan seorang pasangan, sepasang sarung tangan tinju dan apa-apa pelindung badan yang biasa anda gunakan. Mulakan dengan bergerak mengelilingi pasangan anda dan pada masa yang sama mengekalkan jarak yang sesuai. Pasangan anda sesekali melangkah ke depan dan menyerang. Sebagai permulaan, dia perlu lakukan serangan ringkas, satu persatu dan sedikit lambat dari biasa. Sebaik sahaja anda lihat dia melangkah dke depan, bertindak balaslah dengan sepak layang atau jeet tek.

Melalui ujikaji, anda mungkin mendapati bahawa jeet tek sangat berguna terhadap apa-apa tumbukan atau tendangan, dan sepak layang pula bagus digunakan terhadap tumbukan. Berlatih perlahan-lahan untuk memastikan stop-hit anda mengena sebelum serangannya sempurna. Di tahap yang lebih tinggi, biar pasangan anda memakai pelindung peha yang tebal dan berat, dan gunakan lebih tenaga ke dalam tendangan-tendangan itu untuk menghentikan serangannya.

Selepas lebih kurang 20 atau 30 jam latihan sebegini dengan pasangan yang boleh berkerjasama, anda bolehlah mula menggabungkan stop-hit ke dalam sesi sparring biasa anda. Satu perkara yang penting untuk diingati adalah bahawa mendahului gerak semata-mata tidaklah sebegitu berfaedah. Nilai sebenarnya terletak kapada masa yang yang diberikannya untuk anda melakukan serangan penamat anda. Sejurus selepas mendahului serangan lawan, anda mesti melaksanakan rancangan anda pada masa musuh anda masih kesakitan dan hilang keseimbangan.

Untuk menambahbaik kebolehan anda untuk melakukan stop-hit, cuba idea-idea berikut selama beberapa bulan:

# Sparring sehingga anda dapat rasa timing pasangan anda. Selepas berjaya melakukan stop-hit, berada dalam jarak tendangan dan lakukan kombinasi pantas menggunakan kaki-kaki anda sahaja.

# Selepas mendahului serangan, rapatkan jarak sehingga anda berada dalam jarak tumbukan dan lakukan teknik-teknik tumbukan yang bertubi-tubi.

# Susuli mendahului serangan anda dengan memaut leher lawan dan lakukan teknik-teknik siku dan lutut untuk menewaskannya.

# Selepas berjaya melakukan stop-hit, ambil kesempatan di atas ketidakseimbangan lawan anda dengan menjatuhkannya ke tanah dan kuncian.

# Susuli mendahului serangan anda dengan teknik-teknik pantas dari pelbagai jarak untuk menyesakkan dan mengelirukan lawan anda.

Selepas beberapa bulan menguji stop-hit dalam sparring, akan jelas bahawa mendahului serangan musuh boleh menolong anda melaksanakan apa-apa rancangan pertarungan anda. Kebolehan untuk mendapatkan jarak yang dikehendaki adalah kebolehan yang hampir semua pengamal seni beladiri sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya. Adalah akan juga menjadi jelas bahawa adalah mengarut untuk menganggap Bruce Lee sahaja manusia yang boleh menggunakan stop-hit dengan jayanya dalam pertarungan.

Semua pengamal seni beladiri mesti faham bahawa kebenaran itu bersifat sejagat, atau universal. Kalau sesuatu konsep itui benar, ia akan sentiasa muncul dalam setiap seni pertarungan. Seperti kata-kata Bruce Lee, tumbukan hanyalah tumbukan, tendangan hanyalah tendangan. Samada anda panggil mendahului serangan sebagai stop-hit atau apa pun, fakta kekal bahawa kalau anda memupuk kebolehan anda untuk melakukannya, anda akan menjadi pengamal seni beladiri yang lebih baik.

--------------------oOo--------------------

Friday, July 4, 2008

Ibu Gerak-kecepatan dan ketepatan bersilat

Untuk menimbulkan kecepatan tumbukan, latihan dengan menggunakan sehelai kertas amat berguna. Saya pasti semua orang boleh mendapatkan sehelai kertas saiz A4. Kemudian buatkan sebarang tanda di tengah-tengah kertas itu. Untuk lebih kreatif, fotostat muka orang sebesar saiz kertas itu.Selepas itu, buat lubang pada bahagian atas kanan dan kiri serta masukkan tali atau benang. Gantungkannya paras muka atau bahu anda di mana-mana sahaja tetapi pastikan ada ruang yang cukup di belakangnya. Sudah tentu anda tidak mahu menumbuk dinding bukan?Akhir sekali, dengan kekuda terbaik anda, tumbuk kertas itu 100 kali sehari selama dua minggu. Sasarkan ke hidung muka orang yang anda fotostat itu. Tumbuk biar kertas itu berbunyi seperti disebat dengan cemeti. Anda akan merasakan perbezaan kecepatan tumbukan anda.Tetapi kenapa perlu tumbuk kertas kalau sudah ada beg tubi? Ada sebabnya. Ini berkaitan dengan minda bawah sedar. Apabila ingin menumbuk beg tubi, minda bawah sedar akan menumpukan pada kekuatan sahaja. Apabila begitu, otot-otot tangan yang bermacam jenis akan saling menolak satu sama lain dan akan mengurangkan kecepatan. Tetapi dengan kertas, minda bawah sedar akan menumpukan kepada kecepatan sahaja. Otot-otot tangan akan amat kurang menolak satu sama lain dan tumbukan menjadi cepat.Mungkin anda akan berkata bahawa tiada guna cepat tetapi tidak kuat. Kawan! Jangan lupa hukum fizik Newton; berat darab laju bersamaan dengan kuasa. Kalau anda bertubuh kecil tetapi kalau tumbukan laju akan sama kuasanya dengan tumbukan orang bertubuh besar tetapi perlahan. Kalau anda bertubuh besar dan tumbukan laju, maka lagi bertambah kuasa.Mahukan latihan yang lebih menarik? Dengan kertas yang sama, buat satu lubang di tengah-tengah bahagian atas. Gantungkan seperti tadi. Apa yang ada sekarang adalah kertas yang kadangkala berpusing-pusing.Apa yang anda perlu buat adalah menumbuk sebaik sahaja nampak hidung muka orang yang anda fotostat itu. Sekarang anda dapat melatih kecepatan tumbukan dan juga ‘timing’ anda. Awas! Latihan ini hanya untuk tumbukan sahaja dan bukan untuk tendangan. Kalau guna tendangan untuk latihan ini, lutut anda akan cedera dan anda akan bertongkat lebih awal dari rakan anda.Latihan kecepatan menggunakan sehelai kertas mungkin kedengaran terlalu mudah. Namun demikian, banyak perkara yang boleh jadi mudah tanpa bersusah payah. Selamat berjaya!

--------------------oOo--------------------

Wednesday, July 2, 2008

Rahsia Ibu Gayong @ Gayung dan Gayong Dalam

Inilah dia rahsia Rahsia Ibu Gayong @ Gayung dan Gayong Dalam.
Inilah dibawah ini diperturunkan amalan mendapatkan kecepatan gerak dan mengelak. Mampu mengelak walaupun dalam keadaan tidur atau serangan dibelakang. Maka inilah dia amalan tersebut:

--------------------oOo--------------------

Thursday, June 12, 2008

रेनुंग-रेनुन्ग्कन


--------------------oOo--------------------

Tuesday, April 15, 2008

aku tak taksub.. aku tak bermaksud menyuruh orang mengamalkan tapi sekadar pengetahuan..

Tip-tip dari pengamal terapi kuasa minda yang merupakan penulis Rahsia Minda Jutawan. Saya petik daripada ceramah yang saya hadiri. Dikongsi oleh penulis dan pengamal terapi minda, Amar Mahmood.

60-70 peratus orang ramai banyak memasukkan program negatif dalam minda mereka.
Bagi mengubah hidup, ubah rangka pemikiran dan sistem kepercayaan diri.

Afirmasi adalah kaedah mudah mengubah cara berfikir, iaitu mengulang-ulang kata positif. Ia bertindak sebagai doa, menarrik tenaga.

Sama halnya seperti orang bertapa, mengulang-ulang ayat yang sama sebagai memprogram minda. Ada yang duduk di dalam gelap, secara saintifik ia membantu mengubah gelombang otak kepada gelombang theta.

Semua orang tanpa sedar adalah pengamal kuasa minda. Dahulu teknik ini diberi nama yang lain sehingga kelihatan seperti mantera misteri.

Teknik memprogram minda secara visual mempunyai dua cara, bayangan dalam fikiran atau menampal gambar apa yang ingin dicapai.

Kekayaan adalah tenaga. Fokus kepada tenaga.Anak-anak kecil membesar dengan kuasa visual yang besar.

Jangan diperkecil, contohnya anak-anak berangan-angan menjadi peniaga kaya raya disahut pula oleh ibunya, “Jangan hendak berangan. Bukan senang nak jadi jutawan.” Tindakan ini mengecilkan kuasa visualnya.

Program televisyen berulang adalah contoh teknik afirmasi yang memprogram minda penonton.
Teknik mengawal minda ketiga dengan menulis. Amalan Feng Shui menyebut jika ingin perubahan positif tulis dengan fokus selama 40 hari.

Jadilah CEO kepada diri. Kawal cara saudara berfikir.

Ramai memperkenalkan subjek minda positif. Tetapi mereka hanya memperkenalkan konsep sahaja. Apa yang diperlukan kini ialah pakar terapi minda. Diri pakar terapi minda bertindak seperti doktor.

--------------------oOo--------------------

Tuesday, April 8, 2008

Sekadar renungan

Marilah kita senantiasa menjaga dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Yaitu dengan mempelajari dan mengamalkan serta berpegang teguh di atas syariat-Nya. Karena di dalamnya ada cahaya dan petunjuk yang demikian mencukupi untuk membimbing dan mengatur seluruh sisi kehidupan kita.

Mulai dari urusan rumah tangga hingga ketatanegaraan. Sehingga selama seseorang itu mengikuti petunjuk dan aturan-Nya pasti dia akan selamat di dunia dan akhirat. Karena Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berjanji bagi orang yang mengikuti petunjuk-Nya di dalam firman-Nya:
فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى
“Barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya ia tidak akan tersesat dan tidak akan celaka.” (Thaha: 123)

Maka barangsiapa yang tidak merasa cukup dengan petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga menyelisihinya, pasti dia akan rugi dan celaka. Meskipun orang melihatnya hidup dengan penuh kemewahan dan serba ada. Namun sesungguhnya dia tidak merasakan kelapangan dan ketenangan di dalam jiwanya. Karena Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengancam bagi orang-orang yang menyelisihi petunjuk-Nya di dalam firman-Nya:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Thaha: 124)

--------------------oOo--------------------

Monday, April 7, 2008

Papa baca kuat kuat ya

Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.

Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri tepat disampingnya, sambil memegang buku cerita baru. Buku bergambar seorang peri kecil yang kiut, sangat menarikperhatian Rahayu, "Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatianayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kacamatanya, kalimah yang keluar hanyalah kalimah basa-basi"Wah,. buku baru ya Ayu?", ""Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dariayahnya."Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut,"Ayu... .. papa sedang sibuk sekali, jangan sekarang yah" sanggahSalleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius.

Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu "pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu"Salleh mulai agak jengkel, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruhmama baca ya ", " pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya lucu-lucu", " Lain kali Rahayu, ke SANA!!!! papa lagi banyak kerja" Salleh berusaha memusatkan perhatiannya pada lembar-lembar kertas tadi, minit demi minit berlalu, Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh harap, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi. "pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka", "RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! " kata Salleh membentaknya dengan keras, Kali ini Salleh berhasil, semangat kecil Rahayu terkulai, hampirmenangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya " Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya "pa kalau papa ada waktu, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat dengar "

Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi, Buku cerita Peri Kiut, belum pernah dibacakan untuk dirinya.

Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ;"Baammmm!!" Beberapa orang jiran tetangga dengan histeria memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh oleh seorang pemandu yang sedang mabok. Tubuh mungil Rahayu terpelanting beberapa meter, dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju rumah sakit, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama " darah segar terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak tertolong lagi ketika sampainya di rumah sakit terdekat.

Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu tersisa untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana, pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan mungil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali,",... papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar " kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali.

Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanyakeheningan dan kesunyian hati, canda dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita peri kiut yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di sudut ruangan. Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembarhalamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Sallehmenguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air mata."Rahayu dengar papa baca ya" selang beberapa kata,.. hatinyamemohon,.lagi "Rahayu.. papa mohon ampun nak"" papa sayang Rahayu " Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan itu; Salleh bersujud dan menangis,..memohon satu kesempatan lagi untuk mencintai. Sekian... ..

--------------------oOo--------------------