aku kau dan Dia...

Sunday, February 17, 2008

"Naik motor cam pelesit." Siapakah pelesit?

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang,
biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini
dikenali sebagai
saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan
tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang
pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan
masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk
menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.


Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi
tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu
pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang
seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu
menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati
mangsa.
Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan
diberi makan
darah yang dititik daripada hujung
jari tuannya setiap kali
bulan mengambang.

Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang
dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu,
biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu
diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai
saka. Sekiranya tuannya mati sebelum
sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk
berdekatan.


Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada
tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu
itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya
sendiri.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu
perbuatan syrik dalam ugama
Islam. Pembela pelesit dikatakan
tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan
baik.

--------------------oOo--------------------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home